Friday, July 12, 2013

Info tentang Arang dan Petua Penting Mengenai Arang

Sejarah

 Arang ialah bahan bakar yang paling asas dalam dunia masakan. Arang merujuk kepada kayu yang telah dibakar tetapi belum hangus sepenuhnya. Kelebihan arang kayu adalah ia tidak mengeluarkan asap seperti kayu basah, dengan itu amat sesuai untuk memasak / memanggang / membakar.
 
Teknik pembuatan arang menggunakan relau..




 Kayu yang telah menjadi arang selepas dibakar beberapa hari atau minggu,













Arang mungkin dari kayu biasa atau kayu bakau paya, bakau gelam, balak dan kayu rambutan.

 Hutan Paya Bakau







Kayu balak hasil hutan hujan tropika.








Di Malaysia, arang kayu digunakan untuk membuat kuih bahulu, membakar sate, ayam golek, kambing bakar dan memanggang ikan.



Arang batu pula lebih popular dan banyak di negara China dan Jerman dalam menjana dapur rumah dan kereta api. Malahan janakuasa elektrik di China menggunakan arang batu.Di Malaysia ia amat jarang digunakan kerana ia amat sukar untuk diperolehi dan agak mahal harganya.

Kayu bakau yang diperolehi dari hutan diptrokarp pantai lebih sesuai untuk dijadikan arang yang bermutu tinggi. Ini kerana kayu bakau lebih lurus, saiz yang hampir sama dan diperolehi dari satu kawasan paya air masin sahaja. Harganya jugaberpatutan. Namun menjelang 2013 arang ini amat sukat untuk diperolehi di Malaysia.Hal ini kerana bakau pantai telah diwartakan sebagai hutan simpan.

Arang Kayu Balak kini terus manjadi pilihan ramai pengguna kerana ia dapat memberikan hasil pembakaran dan bara yang hampir setanding bakau.

Arang Moden/  Alternatif iaitu menggunakan serbuk kayu hancur / tempurung kelapa dan dimampatkan menggunkan mesin khas. Kemudian, hasil mampatan tersebut akan dibakar untuk menghasilkan arang ini.

 Ia mempunyai perlbagai bentuk dan saiz mengikut mold atau acuan mesin yang mereka gunakan.
Kebanyakan bentuk adalah berlubang dibahagian tengah nya.
 Kebaikan Arang ini adalah ia lebih murah daripada arang-arang yang ada dipasaran.dan bara yang amat stabil serta tahan lama.

Namun, kekurangan arang ini adalah ia banyak mengeluarkan asap dan banyak abu. Ia amat bergantung kepada proses pembuatan nya. Jika terdapat komposisi asing ia akan menjadikan arang jenis ini mudah hancur dan berabu apabila digunakan.

Contoh msein pembuatan arang ini.


 Senarai Jenis Arang dan Ranking mengikut Harga Pasaran dan Kualiti.
1. Arang Kayu Bakau Pantai ( Delima dan sukar didapati )
2. Arang Kayu Gelam
3. Arang Kayu Balak
4. Arang Kayu Rambutan ( bermusim)
5. Arang Buluh
6 Arang Mampat ( Compress) New.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.